Persatuan Bahasa Melayu UPSI merupakan salah satu persatuan yang berada di bawah naungan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Persatuan ini dianggotai oleh semua mahasiswa dan mahasiswi UPSI yang menuntut ISMP Bahasa Melayu dengan Kepujian. Persatuan ini merupakan salah satu persatuan yang aktif di UPSI dan banyak menganjurkan program yang berkonsepkan 'Mengeratkan Silaturahim dan Ukhuwah'.
Ahad, 11 Oktober 2015
20 September 2015, telah berlangsung Program Mentor Mentee di bawah kelolaan Biro Latihan dan Kepimpinan. Program ini merupakan program turun temurun yang diwarisi dalam PERBAYU. Program ini melibatkan semua mahasiswa/mahasiswi Semester 1 Ambilan September 2015/16. Mentor terdiri daripada mahasiswa/mahasiswi Semester 5. Program yang berlangsung hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja telah melahirkan sebuah ikatan ukhuwah yang erat dalam kalangan ahli PERBAYU. Perkenalan yang terjalin bukan semata-mata sepanjang program sahaja tetapi juga berlanjutan sehingga ke hari ini. Program Mentor Mentee ini bertujuan untuk memberi peluang kepada adik-adik ambilan baharu untuk saling mengenali sesama mereka dan juga mengenali abang-abang dan kakak-kakak senior.
Sabtu, 10 Oktober 2015
Bengkel Pemantapan Organisasi Kerjasama bersama PPM, UPSI.
Pada 6 & 7 Oktober yang lalu, PERBAYU dengan kerjasama bersama Persatuan Persuratan Melayu telah mengadakan bengkel pemantapan organisasi yang diketuai oleh Salwa Hamid selaku pengarah program. Bengkel yang berlangsung selama 2 hari itu telah memberikan sedikit sebanyak input positif kepada semua MT & Exco kedua-dua persatuan untuk menguruskan hal-hal berkaitan organisasi. Sepanjang bengkel berlangsung, peserta yang juga merangkap AJK Pelaksana Program telah mendengar beberapa ceramah seperti Pengurusan Organisasi, Mycat, Protokol & Etika Sosial, JPPHB & Pengangkutan. Selesai sahaja program berlangsung diharapkan semua peserta program mendapat input-input berguna dalam melaksanakan program pada hari akan datang.
Rabu, 2 September 2015
Tahniah dan Selamat Datang kepada adik-adik, Mahasiswa Mahasiswi Ambilan September 2015/16. Saya wakil Barisan Kepimpinan Persatuan Bahasa Melayu mengalu-alukan kedatangan adik-adik ambilan baharu. Salam perkenalan dan selamat berjuang menuntut ilmu demi ibu bapa serta adik-beradik anda semua.
Kepada kakak2 dan abang2 senior, berilah tunjuk ajar kepada adik-adik ambilan baharu. Semoga kedatangan mereka ke Universiti Pendidikan Sultan Idris juga dikenali sebagai Ibu Kandung Suluh Budiman membawa kenangan-kenangan manis dalam perkenalan dan perjuangan kita menuntut ilmu.
Rabu, 17 Jun 2015
Tentang Kami
Blog ini khas dibangun sebagai platform untuk mendapatkan maklumat, hebahan dan informasi mengenai Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU), Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Langgan:
Catatan (Atom)